Post 1

Atmosfera Cinta

Friday, November 20, 2009

Salam kepada semua warga lunaih.blogspot.com!

Sorry coz lama x update blog ni.Aku agak kesibukan sejak akhir2 nih.Banyak kerja aku di office disamping mengupdate blog2 lain .Ok hari ni aku nak review tentang band yang direquest di myspace aku.Meh ramai2 kita baca profile band yang diberi nama Atmosfera Cinta.


Mengikut info di myspace mereka,band ini secara rasminya telah ditubuhkan pada 24 Januari 2008. Ketika itu semangat yang ditunjukkan oleh setiap ahli band telah menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menempatkan diri dalam arena muzik tanah air.

Idea asal penubuhan band ini adalah datang daripada WAN yang merupakan vokalist dan gitar kedua band ini dan kemudiannya mempelawa SHAZNA untuk menyertai band ini sebagai pemain gitar utama. Kurangnya keyakinan ahli-ahli band yang lain telah menyukarkan usaha WAN dan SHAZNA untuk mengerakkan band ini.

Setelah hampir setahun setengah mereka mencari drummer n bassist akhirnya pada bulan June yang lalu mereka menemui SHAH sebagai bass dan PAAN sebagai drummer. Ini terus menyemarakkan lagi semangat mereka untuk berjuang dalam band ini.

Penambahbaikan ATMOSFERA CINTA telah dilakukan apabila music dan juga ahlinya sudah bertukar. Ini meyebabkan line up band ini bertukar. Kini kehadiran AMIN telah memantapkan lagi kuartet band ini apabila beliau telah bertindak sebagai gitar kedua band ini. WAN tidak lagi bermain gitar kedua malah memberi tumpuan kepada nyanyian. Kini mereka bersedia untuk memeriahkan lagi setiap gig dan event di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut,layari Myspace mereka dengan click link dibawah.Check Check Out Out!!!

http://www.myspace.com/atmosferacinta

Tracklist:

1) Bintang
2) Salahkah Aku

0 comments: