Post 1

Azlan And The Typewriter

Sunday, September 27, 2009

Rasanya satu malaysia dah tau kot berita Lan Meet Uncle Hussain (MUH) keluar dari band dan menubuhkan band baru yang diberi nama Azlan & The Typewriter?

Mengikut info yang diterima,punca utama Lan keluar adalah disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka dan ada juga ura2 mengatakan Lan ada masalah disiplin dalam band tu.Betul atau tidak hanya tuhan saja yang tau la kot.

Bakal pengganti Lan dengar cita Black Mentor.Sapa Black ni?Black ni adalah seorang jejaka tak ada la hensem sangat pon yang menjadi juara program realiti TV3 iaitu Mentor.Black ni anak didik kepada Mas idayu dalam Mentor tu.haiya!boleh belah ke?hahaha.Black digosipkan untuk join MUH sebab suara dia seiras iras Lan.boleh diterima ke ni?aku macam tak yakin saja.Sapa sokong dengan statement aku ni?hentam sajalah labu.Kalau betul la Black join MUH,kita say welcome to Black in "Our Local Act" :)

Walaupun Lan dah keluar dari MUH,aku tetap respect sama Lan sebab dia sanggup mula dari bawah balik bersama band baru walaupun semua orang tau band MUH sudah berada ditahap yang membanggakan..Banyak award dah kot MUH pernah dapat..Haa..Azlan & The Typewriter sudah pun mereleasekan single pertama mereka iaitu "kelibat Si Penyair".Memang gempak lagu ni dan makin hari makin dicintai kot.Aku pun suka dengan lagu baru diorang ni.Layan habisss..

Kepada yang belum layan lagi lagu baru Lan ni,Sila la download.Mungkin akan diupdate profile diorang ni next time disebabkan masa aku agak terbatas disini.

Untuk maklumat lanjut,layari Myspace mereka dengan click link dibawah.Check Check Out Out!!!

http://www.myspace.com/azlanandthetypewriter

Tracklist:

1) Kelibat Si Penyair
2) Gerak Hati
3) Hentian Waktu
4) Fobia

Download Here:

Azlan And The TypeWritter - Fobia.mp3
Azlan And The TypeWritter - Hentian Waktu.mp3

Azlan And The TypeWriter - Kelibat Si Penyair.mp3
Azlan And The TypeWriter - Gerak Hati.mp3

0 comments: