Post 1

Budget 50Cent

Tuesday, October 6, 2009

Budget 50cent?Mungkin agak unik nama band ni tetapi dalam diam2 mereka sudah melangkah maju dengan penghasilan lagu yang best dan berkualiti.Kepada korang yang selalu mengikuti perkembangan artis2 baru indie maybe korang sudah familiar dengan nama band ini.

Mengikut info yang aku dapat di myspace mereka,band Budget50cent ini ditubuhkan pada bulan Jun 2006.Pada awal penubuhan band ini,nama band ini diberi The Midst.

Oleh kerana line up kumpulan ini sentiasa bertukar-tukar,leader kumpulan ini iaitu Isey pun mengambil keputusan untuk membubarkan band The Midst dan mewujudkan band yang baru iaitu Budget50cent yang terdiri daripada 5 orang anak muda yang merupakan pelajar sekolah iaitu Isey sebagai vokalis,Alang sebagai gitaris,Aiman sebagai gitaris,Eric sebagai bassist dan GG sebagai drummer.

Pada asalnya,ahli kumpulan ini sebenarnya terdiri daripada 4 ahli sahaja akan tetapi ditambah lagi 1 ahli menjadikan 5 orang menyebabkan line up kumpulan ini terpaksa bertukar.Dengan kehadiran GG sebagai Drummer baru kumpulan menggantikan Alang,band Budget50cent dapat memperkemaskan dan memperkembangkan lagi muzik yang dibawa ini.

Band yang menjadikan My Chemical Romance sebagai idola mereka,mereka membawa elemen muzik Emo Rock & Experimental dan telah menghasilkan beberapa buah lagu yang cool dan hot antaranya temanku,Kecewa,Tamatnya Kami Semua,Kau Bukan Untukku dan yang terbaru mereka baru sahaja release lagu Kesilapan Masa Lalu.

Untuk maklumat lanjut,layari Myspace mereka dengan click link dibawah.Check Check Out Out!!!

http://www.myspace.com/budget50cent

Tracklist:

1) Temanku
2) Kecewa
3) Tamatnya Kami Semua
4) Kau Bukan Untukku

Download Here:

Budget50Cent - Kecewa.mp3
Budget50Cent - Kau Bukan Untukku.mp3
Budget50Cent - Temanku.mp3
Budget50Cent - Tamatnya Kami Semua.mp3

0 comments: