Post 1

Abstrak Hingga Ke Bulan

Friday, October 9, 2009

Band Abstrak Hingga KE BULAN ditubuhkan adalah idea dari Jen Ed aka Zarul bekas gitaris dan ketua kumpulan d-Va pada Disember 2005 setelah merasakan kekecewaan dengan band sebelumnya.

Jen Ed berusaha mencari lineup yang betul-betul mantap dan menepati citarasanya selama 2 tahun dan akhirnya telah bertemu dengan Cimaw sebagai keyboardist,Aretoms sebagai bass,Faiza sebagai vokalis dan Raffazum sebagai drummer.

Mereka telah bersepakat untuk merakamkan album yang berkonsepkan alternatif pop.Secara kasarnya, pengaruh muzik Abstrak Hingga KE BULAN kedengaran seperti Pink,Puffy Amiyumi,Asobi Seksu,Green Day, Letters To Cleo dan Gwen Stefani.

Selepas itu mereka giat berlatih dan banyak mendapat undangan bermain gig dan dinner show disekitar Lembah Kelang dan walaupun usia band ini sungguh muda,tetapi band ini ternyata sangat matang dari segi permainan dan muziknya. Menerusi label mereka PRODUKSI RUNUT BUNYI,band ini banyak diberikan kebebasan berkarya kerana label mereka lebih kepada konsep DIY.Abstrak Hingga KE BULAN merakamkan album debut mereka pada Jun 2006 dimana proses rakaman drum dilakukan di studio Avenue One dan Guitar Workshop manakala proses rakaman bass,gitar,keyboard dan vokal di Surtin Studio dan Runut Bunyi Rooms .

Untuk maklumat lanjut,layari Myspace mereka dengan click link dibawah.Check Check Out Out!!!

http://www.myspace.com/abstrakhinggakebulan

Tracklist:

1) Menanti
2) Awan Dan Bintang
3) Cinta Ini Milik Kita

Download Here:

Abstrak Hingga Ke Bulan - Awan Dan Bintang.mp3
Abstrak Hingga Ke Bulan - Cinta Ini Milik Kita.mp3
Abstrak Hingga Ke Bulan - Menanti.mp3

0 comments: